Khamis, 26 Januari 2012

:: Oreo choc with golden box ::


Coklat yang berintikan biskut oreo...semestinya enak dengan kerangupan maksimum di dalamnya...^__^

Rabu, 25 Januari 2012

35pcs praline choc...

dua set 35pcs praline choc (normal)
Untuk set praline choc with golden box anda boleh memilih sama ada jenis normal atau special.

Special adalah set yang boleh ditulis dengan ucapan contohnya...'SELAMAT BTUNANG'. Bagi set ini pula, warna dan bentuk coklat dihadkan kepada tiga jenis sahaja. Setiap ucapan yang ditempah tiada caj penambahan...(^_^)

Selasa, 24 Januari 2012

:: Program Bakti Siswa Pelajar UUM 2012 ::


tiga set 35pcs praline choc with golden box

empat set 6pcs praline choc with golden box

6 batang lolichoc
Order dari Cikgu Solahuddin mewakili warga Kg. Selarong dan SK Bekuai sempena majlis penutup Program Bakti Siswa Pelajar Universiti Utara Malaysia yang akan berlangsung pada 24 Jan 2012...

Semoga berpuas hati semua ya...n tqsm!!

Ahad, 22 Januari 2012

:: Selamat Tahun Baru Cina ::



satu set 12pcs praline choc with golden box (special)
Present khas buat uncle n aunty kedai runcit Yu Chong Pengkalan Hulu. Semoga bergembira di tahun baru ye...(^_^)v

Apa yang special nya??


Haa...nak tahu ape yang special cupcake ni?

Diva Chocolate Moist Cupcake direka khas dengan resepi istimewa yang boleh memanjangkan tarikh luput sehingga lebih dua minggu! Malah tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, kerana jika dibiarkan cupcake ini akan berminyak dan menambahkan keenakan rasanya...(^_^)

Dan yang paling penting, produk Aemylia Chocolate House tidak menggunakan sebarang bahan pengawet serta dijamin halal...

Sabtu, 21 Januari 2012

Self collect by Cikgu Wani...

empat set 4pcs praline choc with golden box
Bawak balik Alor Setar elok-elok yer..hehe. Semoga berpuas hati n tqsm!!

Order dari Ustazah Fatimahsan...


5 batang lolichoc pelbagai rupa untuk anak-anaknya yang baru pulang bercuti. Selamat bercuti n enjoy your chocolates...(^_^)

Jumaat, 20 Januari 2012

Hadiah VIP...

dua set 12pcs praline choc with golden box (normal)

Order oleh Cikgu Solahuddin untuk dihadiahkan kepada Dato' Seri Diraja Hj Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali dan Tuan Hj Aznel bin Hj Ibrahim. Semoga berpuas hati...

Sabtu, 14 Januari 2012

Khamis, 12 Januari 2012

:: 4pcs praline choc with golden box ::


Purple lagi? Ya...itulah dia warna tema eksklusif di Aemylia Chocolate House...

Rabu, 11 Januari 2012

:: Coklat couverture vs coklat compound ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog Aemy ni...

Buat julung kalinya saya nak menulis panjang pulak hari ni. Saya nak bercerita pasal coklat. Mungkin ramai yang dah tahu, bagi yang belum tahu saya ceritakanlah yer.

Maka arakian berpergianlah dua sahabat....eh, cerita ape ni? hahaha! wrong story...jangan marah (^_^)

Secara amnya, coklat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu coklat tulen (Real chocolate/Chocolate couverture) dan coklat compound. Dua jenis coklat ini sahaja yang sesuai untuk di buat coklat. Untuk pengetahuan anda semua, coklat masakan SAMA SEKALI tidak boleh untuk di buat coklat.

Coklat Couverture @ real coklat merupakan coklat yang dihasilkan menggunakan cocoa butter (lemak koko) dan kerana itulah coklat yang diperbuat daripada coklat tulen lebih mahal harganya daripada coklat compound. Contoh coklat yang dibuat menggunakan coklat Couverture ialah coklat Ferrore rocher, Cadbury, Fidani dan semua coklat mahal. Coklat tulen yang belum dibentuk seperti coklat bar atau coklat handmade hanya dijual di speciality shop, selalunya ia dijual sebagai Dark Chocolate (cocoa, cocoa butter & gula), Milk Chocolate (cocoa, milk powder, cocoa butter & gula), White Chocolate (milk powder, cocoa butter & gula).

Coklat Compound merupakan coklat yang diperbuat menggunakan lemak sayur, sebagai pengganti cocoa butter. Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy yang diperbuat dari coklat tulen dan ianya lebih stabil pada suhu bilik dan paling sesuai untuk digunakan sebagai coklat coating. Coklat compound juga ada dijual sebagai dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate.

Bagi membezakan antara coklat tulen dan compound ialah dengan melihat takat kecairan coklat apabila dipegang. Apabila coklat mudah cair selepas dipegang maka kebarangkalian coklat tersebut terdiri daripada coklat tulen.

Macam mana, dah jelas sekarang? So, pada sesiapa yang inginkan coklat couverture sebagai tempahan, saya sedia menerima...(^_^)

Packaging process...


Coklat praline - My Queen hanya dikhaskan untuk bungkusan 1biji saje. Sesiapa yang nak pilih coklat praline lain adalah atas permintaan anda...


Ni la hasilnyer.....^__^

Selasa, 10 Januari 2012

Kotak coklat dari KLCC...


Sebahagian kotak coklat yang baru saya terima pagi tadi. Thanks Kak Nisa! Ada jugak nama saya terselit dalam blog akak ye...hehe :)

Isnin, 9 Januari 2012

.:: Lolichoc pelbagai rupa ::.



 Ni la rupa lolichoc yang dah siap packaging. Menarik kan? (^_^)