Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog Aemy ni...
Buat julung kalinya saya nak menulis panjang pulak hari ni. Saya nak bercerita pasal coklat. Mungkin ramai yang dah tahu, bagi yang belum tahu saya ceritakanlah yer.
Maka arakian berpergianlah dua sahabat....eh, cerita ape ni? hahaha! wrong story...jangan marah (^_^)
Secara amnya, coklat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu coklat tulen (Real chocolate/Chocolate couverture) dan coklat compound. Dua jenis coklat ini sahaja yang sesuai untuk di buat coklat. Untuk pengetahuan anda semua, coklat masakan SAMA SEKALI tidak boleh untuk di buat coklat.
Coklat Couverture @ real coklat merupakan coklat yang dihasilkan menggunakan cocoa butter (lemak koko) dan kerana itulah coklat yang diperbuat daripada coklat tulen lebih mahal harganya daripada coklat compound. Contoh coklat yang dibuat menggunakan coklat Couverture ialah coklat Ferrore rocher, Cadbury, Fidani dan semua coklat mahal. Coklat tulen yang belum dibentuk seperti coklat bar atau coklat handmade hanya dijual di speciality shop, selalunya ia dijual sebagai Dark Chocolate (cocoa, cocoa butter & gula), Milk Chocolate (cocoa, milk powder, cocoa butter & gula), White Chocolate (milk powder, cocoa butter & gula).
Coklat Compound merupakan coklat yang diperbuat menggunakan lemak sayur, sebagai pengganti cocoa butter. Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy yang diperbuat dari coklat tulen dan ianya lebih stabil pada suhu bilik dan paling sesuai untuk digunakan sebagai coklat coating. Coklat compound juga ada dijual sebagai dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate.
Bagi membezakan antara coklat tulen dan compound ialah dengan melihat takat kecairan coklat apabila dipegang. Apabila coklat mudah cair selepas dipegang maka kebarangkalian coklat tersebut terdiri daripada coklat tulen.
Macam mana, dah jelas sekarang? So, pada sesiapa yang inginkan coklat couverture sebagai tempahan, saya sedia menerima...(^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan